KEJUJURAN TERAS KEJAYAAN PAKATAN HARAPAN
Kenyataan yang dikeluarkan oleh *Ketua Penerangan Bersatu Selangor* dalam menyatakan sokongan untuk Tun Mahathir kekal menjadi PM selama sepenggal adalah *amat janggal.*
Kesungguhan untuk memenuhi janji seperti yang ditunjukkan oleh PM dan juga anggota kabinet yang lain telah meredakan kegusaran rakyat. Beliau seharusnya sedar PH dibina atas kejujuran terhadap janji yang telah termeterai dari hari *pertama kerajaan Malaysia Baharu dibentuk.*
Semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa parti yang terbesar dalam PH yang memenangi kerusi parlimen adalah keADILan. *YDPA dengan cermat dan sedaya upaya mengikuti tuntutan perlembagaan* telah menawarkan jawatan PM kepada DS Wan Azizah memandangkan pada *setiap watikah calon PH* tandatangan beliaulah yang tertera. *Bukan tanda tangan Tun Mahathir*. Namun demi keutuhan PH, *DS Wan Azizah telah menolak* dan menegaskan bahawa beliau *terikat dengan janji bersama rakan seperjuangan.*
Begitu juga halnya dengan perlantikan *MB Perak*, walau pun Bersatu hanya memperolehi *satu kerusi* namun rakan PH menepati janji dengan memperuntukkan kerusi tersebut kepada *Bersatu.* Jangan nanti teman-teman *Amanah* mengungkit kerusi *MB Johor* dan *keADILan* mempertikai kerusi *MB Kedah*.
Tiada sebarang tempat dinyatakan bahawa *peralihan kuasa* adalah selepas PRU ke 15. Menjadi tanggungjawab pimpinan PH untuk merealisasikan janji menjadikan *DS Anwar Ibrahim sebagai PM sebelum PRU ke 15*. Rakyat telah sekali lagi menyatakan dengan jelas kehendak mereka dalam kajian yang dilakukan baru-baru ini.
PH adalah *suara rakyat.* Rakyat boleh bersetuju dengan Tun Mahathir menjadi PM bagi memberikan laluan kepada *DS Anwar Ibrahim menggantikan beliau sebelum PRU yang ke 15*. Tiada parti politik yang membuat manifesto melangkaui tempoh PRU iaitu *selepas 5 tahun.*
Jika *kerbau dipegang tali, manusia dipegang pada janji.*
*Wallahu a'alam.*
*Abu Arif*
No comments:
Post a Comment