Monday, 29 July 2019

CACAR MARBA JADINYA

Terbaca kenyataan Azmin meyokong Kenyataan Hj Hadi untuk Tun Mahathir kekal sepenggal sebagai PM.. Aku tak berapa kisah, Kalau Azmin nak sokong Tun Mahathir sampai mati pun..Itu hak dia lah.. kenapa hanya speenggal..Tapi Apehal Azmin sampai kena pakai Letterhead Rasmi, Sebagai Menteri Ekonomi pulak..

Satunya ia satu petanda baik, dan semua pendokong PH kena bersyukur dengan tindakan Azmin itu..Allah zahirkan sifat,dendam niat sebenar dia..  Itulah politik dia masa Langkah Kajang.. dan sekali lagi seperti aku tulis sebelum ini,Dia dan Haji Hadi saling bertawwun dalam diam, sebagai mana Hj Hadi dan Najib berpakat dalam senyap dalam Menghadapi PRU14..

Jadi penyokong PH, Abaikan Azmin, abaikan Provokasi dia..Jangan masuk perangkap dia.. orang kata itu simptom, Petanda Azmin ini bengkak hatinya.. remuk perasaannya bila PKR dan PH tidak berpecah..Kalau sakit Kanser, Dah stage 3.. Dia dah keluar tanda tanda jelas, Tunggu mati jer..

Bagi pendokong PH.. Kalau nak serang Azmin..serang saja, Jangan libatkan Tun Mahathir.. Memang Azmin keseorangan dah tu... Tanda tanda kurangnya kasih sayang, mengharapkan simpati MP Amanah, DAP dan Bersatu menyokong dia tak kesampaian.. Jadi biarkan dia tunggu saat matinya kerier politik dia seperti Nasasruddin Mat Isa dulu dalam PAS..

Itu lah yg aku sebut sebelum ini..Reaksi Azmin dari awal, isu Videoseks tu, reaksinya agak pelik.. Yang serang batang tubuh dia Lokman Nor Adam, Pemimpin UMNO dan PAS.. tapi dia tetap istiqamah sasarkan Ds Anwar.. aku dah tengok pelik juga reaksi dia dari awal..

Sama juga dengan Lokman Nor Adam, walaupun serang batang tubuh Azmin, Minta Azmin dipecat, tapi sasaran depa adalah Anwar.. Kalau lihat Kenyataan Hj Hadi pun sama, senada mahu Azmin dipecat, tetapi sasarannya adalah Dalang seks Video.. Nasib lah Polis tidak mahu turut terperangkap dalam konspirasi politik depa..

Kehendak depa begini, dari videoseks itu, PKR,Amanah,DAP dan Bersatu berantakan..mendesak Azmin dipecat..dan akhirnya Azmin bertindak balas..tapi timbul pulak persoalan, Takkan lah pula Azmin hanya fokus soal Dalang.. Tidak mahu saman atau dakwa kalau tidak Haziq pun,sekurang kurangnya Lokman Nor Adam.. takkan pula depa dari Pakatan dan sutradara yg sama, Jgn pulak nanti orang Ingat..Azmin sampai sanggup berlakon bagi mencapai cita cita politik peribadi.. :)

Ipohmali

No comments: