KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN AKTIVIS REFORMIS 98
Rasanya, saatnya sudah tiba untuk Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memecat Dato’ Seri Azmin Bin Ali (DSAA) sebagai ahli PKR dan Timbalan Presiden PKR. Sebagai Presiden, DSAI mempunyai kuasa ketua eksekutif parti dalam memecat mana-mana ahli dan kepimpinan PKR yang mencemar dan merosakkan imej parti di mata masyarakat. Disenaraikan langkah politik DSAA yang membolehkan beliau dipecat dari parti dan jawatan menteri yang beliau pegang.
PERTAMA, ketika ini, ahli PKR di peringkat akar umbi merasa gelisah dan keliru dengan tingkah laku Timbalan Presiden DSAA yang dilihat membelakangi parti dan Presiden dalam tingkah laku politik beliau dengan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) dan pakatan pembangkang. Kefahaman politik beliau dilihat tidak konsisten dan selari dengan kefahaman dasar politik yang pegang oleh barisan kepimpinan parti dalam komponen PH. Terbaru, kenyataan media beliau yang mengunakan kepala surat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian politik oleh pemimpin pembangkang PAS adalah tidak boleh dimaafkan dan menguris pelbagai peringkat pemimpin dari kalangan ahli dalam komponen PH. Gabungan Reformis 98 turut menerima pelbagai komen negatif dan desakan dari kepimpinan utama PH dan ahli diperingkat akar umbi untuk PKR mengambil tindakan disiplin ke atas beliau.
KEDUA, sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, beliau dilihat gagal melaksanakan amanah yang dimandatkan kepada beliau atas kapasiti Timbalan Presiden PKR. Secara konsisten beliau gagal menghadirkan diri secara tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah di dalam mesyuarat MPP yang diadakan setiap bulan oleh parti. Tetapi pada masa yang sama tidak pernah menguzurkan diri beliau dalam mesyuarat yang diadakan oleh majlis Presiden PH. Tindakan beliau untuk tidak hadir ke mesyuarat MPP tiga kali berturut-turut adalah satu manifestasi bahawa beliau lagi tidak menghormati ketua parti iaitu DSAI sebagai Presiden parti dan pada masa yang sama menunjukkan sikap beliau yang sudah tidak mempunyai minat dan semangat untuk terus mengemudi parti bersama dengan presiden PKR.
KETIGA, kenyataan DSAA telah dengan sengaja membelakangi keputusan bersama yang dibuat oleh keempat-empat pimpinan utama parti di dalam PH sebelum PRU ke-14 iaitu memberi peluang kepada Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun awal dan seterusnya memberi peluang kepada DSAI melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ke-8. Kenyataan beliau itu tidak begitu mengejutkan pada pandangan pemerhati politik kerana beliau sememangnya bukan antara ahli yang berada di dalam konsensus kesepakatan PH yang dimaterai sebelum berlangsungnya PRU14. Malah, perlantikan beliau sebagai menteri dikhabarkan bukan dari senarai yang dikeluarkan oleh kepimpinan parti. Maka, tingkah laku politik beliau selari dengan persepsi masyarakat bahawa beliau adalah seorang menteri yang naik mengikut jalan belakang.
KEEMPAT, DSAA dilihat memberi imej yang negatif kepada parti kerana kes seks luar tabie beliau bersama saudara Haziq Abdullah bin Abdul Aziz. Gabungan Reformis 98 selari dengan kenyataan Presiden PKR, DSAI dan sepakat dalam mempertahankan maruah DSAA bahawa beliau tidak terlibat dalam video seks itu sehinggalah Mahkamah menyatakan sebaliknya. Namun, tindakan DSAA untuk tidak membuat laporan polis serta tidak menyaman saudara Haziq serta tidak mengheret saudara Haziq ke mahkamah adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan Gabungan Raformis 98. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya tampil ke hadapan dan membersihkan diri beliau. Jangan biarkan fitnah ke atas beliau tidak ditangani takut ia akan menjadi sesuatu fakta kekal diminda rakyat untuk selamanya.
JUSTERU, Gabungan Reformis 98 berpendapat bahawa ketika ini biro politik PKR hanya mempunyai tiga pilihan iaitu pertama, menghantar surat tunjuk sebab kenapa beliau (DSAA) tidak boleh dipecat dari PKR dan kenapa tiada tindakan oleh DSAA untuk membuat laporan polis dan menyaman saudara Haziq bagi membersihkan imej beliau dan pada masa yang sama imej parti. Kedua, mendesak DSAA membuat laporan polis serta menyaman saudara Haziq dan pada masa yang sama meletak jawatan di dalam kerajaan agar satu siasatan yang telus dapat dijalankan tanpa campurtangan pihak berkuasa. Ketiga, memecat DSAA sebagai ahli dan Timbalan Presiden kerana mencemarkan imej PKR sebagai sebuah parti yang membawa agenda perubahan dan kepimpinan bermaruah dan tingkah laku peribadi dan politik beliau yang membelakangi presiden serta mencemarkan parti dan mengugat kesatuan di dalam PH tidak boleh dimaafkan. Individu yang bersifat talam dua muka sepatutnya tidak berada di dalam kepimpinan utama PKR atau mana-mana parti dalam komponen PH.
AKHIR SEKALI, bahawasanya saya dengan rendah hati mewakili beberapa rakan dan individu dari Gabungan Reformis 98 mendesak agar Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecat DSAA sebagai ahli dan Timbalan presiden PKR berkuatkuasa serta merta agar imej dan maruah parti dapat dibersihkan dan dipertahankan jika ketiga-tiga desakan dan cadangan di atas tidak dilaksanakan oleh DSAA.
Kapt. Zulkefly Othman (bersara)
Wakil Gabungan Reformis 98
30 July 2019
Monday, 29 July 2019
CACAR MARBA JADINYA
Terbaca kenyataan Azmin meyokong Kenyataan Hj Hadi untuk Tun Mahathir kekal sepenggal sebagai PM.. Aku tak berapa kisah, Kalau Azmin nak sokong Tun Mahathir sampai mati pun..Itu hak dia lah.. kenapa hanya speenggal..Tapi Apehal Azmin sampai kena pakai Letterhead Rasmi, Sebagai Menteri Ekonomi pulak..
Satunya ia satu petanda baik, dan semua pendokong PH kena bersyukur dengan tindakan Azmin itu..Allah zahirkan sifat,dendam niat sebenar dia.. Itulah politik dia masa Langkah Kajang.. dan sekali lagi seperti aku tulis sebelum ini,Dia dan Haji Hadi saling bertawwun dalam diam, sebagai mana Hj Hadi dan Najib berpakat dalam senyap dalam Menghadapi PRU14..
Jadi penyokong PH, Abaikan Azmin, abaikan Provokasi dia..Jangan masuk perangkap dia.. orang kata itu simptom, Petanda Azmin ini bengkak hatinya.. remuk perasaannya bila PKR dan PH tidak berpecah..Kalau sakit Kanser, Dah stage 3.. Dia dah keluar tanda tanda jelas, Tunggu mati jer..
Bagi pendokong PH.. Kalau nak serang Azmin..serang saja, Jangan libatkan Tun Mahathir.. Memang Azmin keseorangan dah tu... Tanda tanda kurangnya kasih sayang, mengharapkan simpati MP Amanah, DAP dan Bersatu menyokong dia tak kesampaian.. Jadi biarkan dia tunggu saat matinya kerier politik dia seperti Nasasruddin Mat Isa dulu dalam PAS..
Itu lah yg aku sebut sebelum ini..Reaksi Azmin dari awal, isu Videoseks tu, reaksinya agak pelik.. Yang serang batang tubuh dia Lokman Nor Adam, Pemimpin UMNO dan PAS.. tapi dia tetap istiqamah sasarkan Ds Anwar.. aku dah tengok pelik juga reaksi dia dari awal..
Sama juga dengan Lokman Nor Adam, walaupun serang batang tubuh Azmin, Minta Azmin dipecat, tapi sasaran depa adalah Anwar.. Kalau lihat Kenyataan Hj Hadi pun sama, senada mahu Azmin dipecat, tetapi sasarannya adalah Dalang seks Video.. Nasib lah Polis tidak mahu turut terperangkap dalam konspirasi politik depa..
Kehendak depa begini, dari videoseks itu, PKR,Amanah,DAP dan Bersatu berantakan..mendesak Azmin dipecat..dan akhirnya Azmin bertindak balas..tapi timbul pulak persoalan, Takkan lah pula Azmin hanya fokus soal Dalang.. Tidak mahu saman atau dakwa kalau tidak Haziq pun,sekurang kurangnya Lokman Nor Adam.. takkan pula depa dari Pakatan dan sutradara yg sama, Jgn pulak nanti orang Ingat..Azmin sampai sanggup berlakon bagi mencapai cita cita politik peribadi.. :)
Ipohmali

NASIHAT UNTUK JEMIN ALI
EMPAT NASIHAT UNTUK AZMIN
Setelah saya membaca dan meneliti juga mengamati kenyataan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan sokongan terhadap pendirian Presiden PAS sebagai alasan untuk memulihkan ekonomi sangat tidak munasabah dan melampau.
Saya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat serta pendokong utama gerakan Reformasi ingin menyarankan serta menasihati YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil langkah-langkah yang berikut;
1. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu berehat serta menerima rawatan khusus kerana kelihatan kurang sihat serta tidak mampu berfikir secara waras.
2. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu melepaskan semua jawatan di peringkat kerajaan dan parti.
3. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui tidak mampu memikul tugas serta tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi bila memperakui hanya kerjasama dengan PAS dapat memperkukuh ekonomi Malaysia.
4. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memikul tugas Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Sekian.
Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri
Ketua Cabang Parti Keadilan Tanjung Karang/ Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tanjung Karang
29 Julai 2019 ( Isnin)
Subscribe to:
Comments (Atom)