Friday, 15 March 2019

Di awal perjalanan...

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya

Minda ini

Assalamualaikum wbt...
Kesekian tak menjengok laman ini, makanya terwujud peluang untuk coretan kali ini.
      Sekadar menyatakan suara rasa di benak ini buat renungan dan muhassabah diri..
     Segala anasir alam dan peristiwa yang yang berlaku adalah menggambarkan Kebesaran dan KeagunganNya..bagi mata hati yang celik. Justeru kesemuanya itu adalah alat² utk menguji...sebanyak mana dosa dan pahala diperolehi semasa mnjalani ujian² itu...itu adalah natijahnya. Oleh itu..wahai diri mulakan dengan suluhan mata hati yang memandang pada Yang Maha Pengirim dan Pengutus alat² ujian itu... Di mana segala tabir hijab sudah tiada....SubhanaAllah wabihamdihi SubhanaAllah hilazim...astagfirullah halazim..waatubuilaik...

Wassalam...
EsyeDb
16Mac2019